Refleksi Minggu 11
Pada minggu ke 11, encik yusof mengajar kami bagaimana untuk membuat video pendek. Bagi saya ini satu pengetahuan yang sangat berharga kerana selama ini saya tidak pandai untuk membuat video. Pembikinan video ini perlu dibuat dengan teliti dan teratur supaya video yang dihasilkan tampak cantik dan teratur.
Setelah pengajaran pembikinan video oleh Encik Yusof, beliau telah memberi tugasan untuk membuat video pendek berdasarkan web 2.0 dalam pendidikan. Kami telah bekerjasama untuk menghasilkan video tersebut dengan gabungan slide dan latar belakang lagu yang bersesuaian.