LAPORAN:
FUNGSI KOMPUTER SEBAGAI ALAT,GURU DAN PELAJAR
Arakian, mengikut Kamus Dewan Edisi keempat , komputer bermaksud alat elektronik yang menyimpan, menganalisis dan mengeluarkan maklumat sebagaimana yang dikenhendaki atau yang diarahkan.Komputer sangat penting untuk kebuntuan manusia. Dulu, komputer belum begitu kerap digunakan oleh orang ramai kerana tidak diberi pendedahan dan impak yang baik kepada pengguna. Akan tetapi , mengikut arus pemodenan yang semakin maju dan penuh dengan teknologi tinggi , pelbagai fungsi digunakan untuk membantu sistem dan pengguna juga.
Sehubungan dengan itu, komputer sebagai alat penting dalam komunikasi yang semakin berkembang di pelusuk dunia. Zaman dahulu sangat terhad penggunaan komunikasi kerana tiada alat-alat yang canggih seperti komputer dan orang dahulu tiada kemahiran mengendalikan gajet ini. Tapi dengan adanya pengetahuan dan pendedahan tentang cara penggunaan komputer, pelajar dengan senang sekali dapat berhubung dengan rakan-rakan mereka yang berada di serata dunia untuk bertukar maklumat dan berbual secara maya.
Selain itu, komputer juga boleh menjadi guru kepada pelajar kerana komputer boleh menambah minat pelajar mempelajari sesuatu program dalam komputer. Hal ini demikian kerana, komputer mempunyai bervariasi program untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, guru boleh mengajar dengan Microsoft Power Point, Pamplet , weebly, powtoon dan toolbook.Oleh itu, pelajar tidak akan merasa bosan dalam kelas dan proses pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan ceria serta mereka fokus dalam kelas semasa guru mengajar yang akan membantu menaikkan semangat pelajar untuk belajar di sekolah.
Tambahan pula, fungsi komputer kepada pelajar amat penting kerana komputer dapat membantu pelajar dalam membuat sesuatu projek.Pelajar boleh merujuk bahan-bahan projek di laman sesawang seperti google dan yahoo untuk memudahkan lagi kerja mereka. Pelajar juga boleh menonton di youtube tentang apa-apa projek yang mereka mahu buat dan mengolah balik projek yang sudah tersedia di youtube dengan menambah kreaviti mereka sendiri. Oleh itu, projek mereka akan menjadi lebih menarik dan segar dari pandangan mata semasa menyampaikan persembahan di akhir projek.
Sekian, Terima Kasih.
Kumpulan :
1.Alia
2.Firdaus
3.Zaim
4.Syaffiq